Rabu, 9 Mac 2011

Puisi - Marilah Kawan-Kawan Ku

Kawan-kawanku,
Ayunlah langkahmu segera
Mendaki gunung cita-cita
Biar lelah, biar merana
Biar luka, biar cedera
Biar seribu ranjau menimpa
Namun jangan sekali-kali mengaku kalah.

Jika engkau terjatuh
Ayuh, segera bangkit semula!
Ayunkan langkah perkasamu semula
Kerana perjalananmu masih jauh.

Kawan-kawanku,
Perjalanan ini memang pahit
Tempuh kepayahan, keperitan
Lalui lorong penuh onak duri
Telanlah agar menjadi penawar
Kelak nanti...
Pasti kau akan merasa manisnya.


Ikhlas daripada:
Nur Syuhada
9mac2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan